Perubatan Dunia Manusia Blogspot

Perubatan Dunia Manusia Blogspot
Mengumpulkan pelbagai info-info dan petua-petua dalam bidang perubatan bagi Tujuan kesihatan dan kesehjahteraan Manusia

Selasa, 19 Januari 2016

Perubatan Dunia Manusia: Bagaimana Sistem Imunisasi Tubuh Badan Membunuh Kanser

Perubatan Dunia Manusia: Bagaimana Sistem Imunisasi Tubuh Badan Membunuh Kanser


              (Immune System - Natural Killer Cell)


Berikut merupakan Video yang menunjukkan bagaimana sistem imunisasi di dalam Tubuh badan kita mencegah kanser.

Jumaat, 15 Januari 2016

Perubatan Dunia Manusia: Agenda Yahudi Mencipta Suntikan Vaksin (Vaccine) Untuk Melemahkan Tubuh Badan Umat Islam Supaya Menerima Penyakit dan Virus Baharu yang Berbahaya ?

Pada Zaman Mellinieum yang Serba Moden ini Kita Telah Diwajibkan Untuk Menerima Suntikan Vaksin adakah Ianya Baik Untuk Kesihatan atau Sebaliknya ?



Semenjak kita kecil lagi , kita telah diajar dan diwajibkan untuk menerima Suntikan Vaksin (Vaccine)  , dan semua anak-anak dan seluruh penduduk yang Beragama Islam tidak terkecuali untuk menerima suntikan ini. Persoalannya, adakah ianya benar-benar untuk membasmi penyakit-penyakit yang datang atau ianya mempunyai Agenda  menutup penyakit yang lama dan mendatangkan penyakit-penyakit dan virus-virus baharu yang lebih Merbahaya untuk kesihatan ? . Setiap Manusia inginkan kebenaran.

Melalui Buku Jerry D. Gray di dalam buku Deadly Mist bahawa suntikan-suntikan yang diberikan adalah merupakan ciptaan Amerika Syarikat dan Yahudi untuk mengawal dan membunuh populasi Dunia yang sudah terlalu ramai dengan mencipta virus-virus baharu dan ianya juga digunakan untuk melemahkan sistem imunisasi Tubuh badan umat islam tanpa disedari . kenapa ianya berlainan fakta dari sumber yang diberikan oleh  Pakar-pakar Majlis perubatan Dunia Manusia termasuk  Doktor Perubatan yang hebat dari Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa Bahan Suntikan Vaksin yang dimasukkan ke dalam Tubuh Badan kita itu baik untuk Manusia. Mengapa Jerry D. Gray mengatakan Vaksin yg dimasukkan kedalam tubuh badan Manusia itu tidak baik untuk kesihatan ? Adakah Penulis Mr. Jerry D Gray melalui buku pendedahan beliau mengenai Rahsia Sulit Amerika Syarikat (Deadly Mist) itu hanyalah suatu kepalsuan atau pon Beliau hanya mereka-rekakan cerita untuk menakut-nakutkan seluruh penduduk Dunia ? Wallahualam....
Tidak pasti adakah Bahan Suntikan Vaksin yang dimasukkan kedalam Tubuh Badan kita yang dimasukkan semenjak kita kecil itu baik untuk kesihatan atau pon tidak ,
Hanya yang pakar di dalam Bidang Perubatan sahaja yang mengetahui apakah kandungan sebenar didalam Vaksin tersebut.....

PS: Psssst....Hanya yang Benar-benar pasti kita diajar oleh Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengamalkan Makanan Sunnnah seperti Habbatus Sauda , Madu , Buah Delima yang sudah maklum dtang dari sumber Tumbuh - tumbuhan yang sememangnya baik untuk Tubuh Badan. Orang zaman dahulu tidak Memakan Ubat-ubatan dari Makmal atau menerima apa-apa suntikan kedalam Tubuh Badan...

 Hanya Sekadar Perkongsian dan Berlapang Dada...


Rabu, 30 Disember 2015

Tahukah Anda: Racun Makhluk perosak yang terkandung dalam Air minuman ringan yang diumumkan oleh MA (Indian Medical Association).




Racun makhluk perosak yang terkandung dalam minuman ringan mengikut peratus yg diumumkan oleh MA (Indian Medical Association) baru2 ini:
1 Redbull 15.2%
2 Coke 13.4%
3 7 up 12.5%
4 Mirinda 10.7%
5 Pepsi 10.9%
6 Fanta 9.1%
7. Sprite. 15.3%
Bahan2 ini adalah sangat merbahaya kpd hati manusia.
Boleh mengakibatkan kanser

Sabtu, 14 November 2015

Perubatan Dunia Manusia: Doktor Dan Kemajuan Biomedikal Moden




DOKTOR DAN KEMAJUAN BIOMEDIKAL MODEN
* Di dalam Islam tidak ada penahanan maklumat tentang penyelidikan, samaada kajian akademik yang menunjukkan tanda kewujudan Allah dan ciptaan Nya atau kajian gunaan yang bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah.
* Kebebasan penyelidikan sains tidaklah sampai mengongkong manusia, seperti memberitahu untuk merosakkannya atau meletakkannya di dalam keadaan yang mungkin boleh membawa kemusnahan kepadanya, menafikan haknya untuk berubat, menipunya atau mengeksploit keperluan kebendaannya.
* Kebebasan penyelidikan sains tidak membenarkan penganiayaan atau penyiksaan ke atas binatang. Protokol yang sesuai hendaklah diadakan bagi memastikan binatang diperlakukan dengan baik ketika menjalankan kajian. Metodologi kajian sains dan amalan dari hasil kajian itu mesti tidak melibatkan dosa seperti zina, merosakkan sistem salasilah, mencacatkan atau mengubah keperibadian, kebebasan dan keupayaan seseorang untuk menanggung tanggungjawab.
* Profesion perubatan mempunyai hak dan bertanggungjawab dengan cara mengambil bahagian sepenuhnya di dalam perumusan dan pengeluaran fatwa mengenai kesahihan jangkaan hasil kemajuan kajian sains semasa atau dimasa hadapan. Fatwa tersebut hendaklah dipersetujui bersama oleh pakar-pakar hukum-hakam dan biosains. Pendapat yang berat sebelah biasanya tidak lengkap dari segi teknik dan perundangan.
* Garis panduan mengenai perkara yang baru yang tidak tersebut di dalam hukum atau rujukan yang ada bolehlah dibuat berdasarkan pepatah Islam: “Di mana ada kebaikan , di sana terdapat undang- undang Allah”.
* Setiap pesakit adalah menjadi tanggungjawab bersama sesebuah masyarakat untuk memastikan keperluan kesihatannya tanpa memudaratkan orang lain. Ini termasuklah menderma darah kepada kes-kes pendarahan atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang yang tidak ada harapan untuk pulih lagi. Amalan ini adalah “Fardu Kifayah”, tugas yang dilakukan oleh seseorang bagi pihak masyarakatnya. Adalah menjadi tugas profesion perubatan untuk mendidik masyarakat, termasuk menggariskan peraturan mengenai prosedur, pengurusan dan teknik serta menentukan polisi keutamaan peraturan tersebut.
* Pendermaan organ tidak boleh dilakukan dengan paksaan, memalukan keluarga, tekanan sosial atau lain-lain tekanan atau mengeksploitasi keperluan kewangan.
* Pendermaan organ tidak seharusnya memberi kesan buruk kepada pendermanya.
* Profesion perubatan memikul tanggungjawab yang berat di dalam menggariskan undang-undang dan peraturan untuk pendermaan organ sewaktu hayat atau selepas meninggal dengan dinyatakan di dalam wasiat atau keizinan dari keluarga; dan juga menubuhkan bank tisu dan organ bagi yang mana-mana boleh disimpan. Kerjasama dengan bank yang sepertinya dari luar negeri hendaklah dibuat berdasarkan bantuan dua hala. ” Khalifah yang kedua, Sayyidina Umar ibnul-Khattab r.a memerintahkan jika terdapat seorang ahli di dalam suatu kumpulan yang mati kebuluran kerana kemiskinannya, maka kumpulan itu dikehendaki membayar fidyah seolah-olah mereka telah membunuhnya. Contoh ini sangat hampir dengan perbuatan membiarkan seseorang mati kerana tiada penderma darah atau buah pinggang. Terdapat dua sunnah Rasulullah s.a.w yang ada kaitan dengan isu ini. Pertama: “Kesetiaan di dalam cinta-mencintai dan kasih-mengasihani adalah seperti tubuh manusia … jika satu bahagian diserang penyakit, kesemua bahagian tubuh akan bekerjasama melawannya. Kedua: Kesetiaan di antara satu sama lain samalah seperti batu-batu di dalam satu bangunan, setiap satu menguatkan yang lain. Allah berfirman di dalam al-Quran mengenai orang yang beriman: “Dan mereka juga mengutamakan orang orang yang berhijrah itu lebih dari diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat”. Amalan ini adalah lebih dari menderma buah pinggang kerana penderma masih ada satu lagi buah pinggang dan dapat hidup dengan sempurna. Hal ini dipastikan oleh doktor sebelum pembedahan dilakukan. Jika orang yang hidup boleh menderma, apa lagi yang sudah meninggal. Perbuatan mengambil jantung, ginjal, mata atau arteri untuk memanafaatkan orang yang hidup tidak “merosakkan” mayat penderma. Amalan ini adalah satu kebajikan … dan menepati firman Allah: “Dan barang siapa yang menyelamatkan nyawa manusia, seolah-olah dia telah menyelamatkan semua manusia”. Walau bagaimanapun perlu diambil perhatian bahawa mana-mana pendermaan hendaklah secara sukarela … kerana jika tidak pemerintahan secara diktator akan mengambil organ-organ dengan paksaan dan mencabul dua hak asas didalam Islam: Hak merdeka dan hak milik seseorang. Di dalam sesuatu masyarakat yang beriman, pendermaan hendaklah dilakukan dengan murah hati sebagai satu ibadat dan kecintaan kepada Allah dan makhluknya. Kita tidak seharusnya dipaksa oleh masyarakat luar di dalam mencapai matlamat yang mulia ini.

Perubatan Dunia Manusia: Kemurniaan Nyawa Manusia


Persidangan Antarabangsa Perubatan Islam Pertama Januari, 1981 Rabiul Awal 1401 Dokumen Kuwait

Persidangan Antarbangsa Perubatan Islam yang pertama yang telah diadakan di Kuwait sewaktu menjelangnya kurun ke-15 Hijrah. (6-10 Rabiul Awal 1401: 12-16 Januari 1981). Dokumen ini telah disahkan oleh persidangan sebagai tatacara Etika Perubatan Islam

KEMURNIAN NYAWA MANUSIA
* “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Isra’il, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau kerana melakukan kerosakan dimuka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” 5-32 (Al- Maaidah).
* Nyawa manusia adalah suci .. dan tidak boleh diambil dengan sengaja kecuali apabila dibenarkan oleh syariat Islam. Semua kebenaran tersebut adalah diluar bidang perubatan.
* Seorang doktor tidak boleh mengambil nyawa walau di atas alasan belas kasihan. Perbuatan ini diharamkan kerana ianya bukan alasan yang dibenarkan untuk membunuh. Panduan tepat didalam hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: “Pada suatu masa dulu ada seorang tua yang tidak boleh bersabar lagi dengan derita penyakitnya lalu telah menghiris pergelangan tangannya. Pendarahan berlaku sehingga membawa maut. Allah telah marah dan berkata “umatku telah menyegerakan ajalnya … aku haramkan kepadanya syurgaku”. “Membunuh kerana belas kasihan – seperti membunuh diri – tidak boleh diterima kecuali oleh pemikiran yang tidak mempercayai hari kesudahan. Jika ini satu pemikiran yang bijak, adalah munasabah bagi hampir kesemua manusia membunuh diri untuk melepaskan diri dari kesusahan hidup … kerana jarang kedapatan kehidupan tanpa kesusahan atau penderitaan. Dakwaan supaya pembunuhan boleh dilakukan ke atas pesakit yang tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi yang menderita kesakitan juga disangkal. Ini ialah kerana tiada kesakitan yang tidak boleh dilegakan dengan ubat-ubatan yang ada atau pembedahan neurosurgeri yang munasabah. Satu lagi kategori ialah pembunuhan untuk melegakan penderitaan yang disebabkan oleh kecacatan. Jika pendapat ini boleh diterima, seterusnya akan ada dakwaan supaya orang-orang tua dan yang tidak berguna lagi kepada masyarakat dibunuh sebagai langkah membenteras pertambahan penduduk keperingkat yang tidak dapat ditampung oleh hasil bumi yang ada”.
* Kesucian nyawa manusia meliputi kesemua peringkat termasuk embrio dan janin semasa didalam rahim lagi. Maklumat ini hendaklah diambil kira oleh seseorang doktor. Pengecualian hanyalah dibenarkan didalam keadaan terdesak (alasan perubatan) dan dibenarkan oleh Hukum Syarak. “Hal ini sangatlah bersesuaian dengan sains perubatan moden yang akhir-akhir ini telah memperkenalkan satu bidang kepakaran yang dikenali sebagai Perubatan Janin (Foetus Medicine)… untuk mendiagnosis dan merawat penyakit janin (didalam rahim), dan mereka uri tiruan untuk menyelamatkan janin yang digugurkan yang tidak boleh hidup sendirian. Polisi moden yang membenarkan penguguran tidak diterima oleh Islam, yang memberikan hak-hak tertentu kepada janin. Di- dalam Islam pengguguran melibatkan wang tebusan. Janin mempunyai hak ke atas harta pusaka dan jika semasa digugurkan ia hidup dan mati selepas itu harta yang diwarisi hendaklah dibahagikan kepada warisnya yang berhak. Jika seorang perempuan yang hamil dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan jenayah, pelaksanaan hukuman tersebut hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan itu melahirkan dan menyusui anaknya… walau pun jika anak itu anak diluar nikah. Dengan itu hak asas bagi janin untuk hidup adalah jelas”
* Didalam tugasnya menyelamatkan nyawa, seseorang doktor adalah dinasihati supaya menyedari had sempadannya dan tidak melanggar had itu. Jika dari segi sains satu-satu nyawa itu sudah pasti tidak dapat diselamatkan lagi, adalah sia-sia untuk dengan beraninya mengekalkan kehidupan vegetatif dengan cara penggiatan, atau memeliharanya dengan pembekuan atau cara tiruan yang lain. Tugas doktor ialah untuk mengekalkan proses kehidupan dan bukan proses kematian. Walau bagaimanapun doktor tidak boleh mengambil langkah yang positif untuk mengakhiri hayat seseorang pesakit.
* Pengisytiharan kematian seseorang adalah satu tanggung-jawab yang penting yang diberikan kepada seseorang doktor. Beliau hendaklah menyedari betapa seriusnya keputusannya itu dan membuatnya dengan penuh ikhlas dan keyakinan. Jika terdapat sebarang keraguan ia hendaklah menghilangkannya dengan perundingan atau dengan menggunakan peralatan sains yang moden.
* Bagi pesakit yang sudah tidak boleh sembuh lagi, doktor hendaklah dengan sebaik mungkin dengan memberi penjagaan yang baik, sokongan moral dan menghilangkan kesakitan dan penderitaan semasa hayatnaya.
* Doktor hendaklah mempersetujui permintaan pesakit untuk mengetahui tentang penyakitnya. Walau bagaimanapun cara menjawabnya hendaklah disesuaikan dengan pesakit itu sendiri. Adalah menjadi tugas doktor itu untuk mengkaji ketepatan psikologi pesakitnya itu. Ia tidak sepatutnya ketandusan perbendaharaan kata jika keadaan memerlukannya mengelakkan penggunaan istilah yang menakutkan atau penciptaan perkataan, ungkapan atau penerangan yang baru.
* Didalam semua keadaan, seorang doktor hendaklah berupaya menyokong kepercayaan pesakitnya dan memberikannya kesejahteraan dan ketenangan fikiran.

Perubatan Dunia Manusia: Definisi Profesion di Dalam Perubatan Islam


Persidangan Antarabangsa Perubatan Islam Pertama Januari, 1981 Rabiul Awal 1401 Dokumen Kuwait
Persidangan Antarbangsa Perubatan Islam yang pertama yang telah diadakan di Kuwait sewaktu menjelangnya kurun ke-15 Hijrah. (6-10 Rabiul Awal 1401: 12-16 Januari 1981). Dokumen ini telah disahkan oleh persidangan sebagai tatacara Etika Perubatan Islam 

DEFINISI PROFESION PERUBATAN
* “Therapeusis” ialah profesion yang mulia. Allah merestuinya dengan menjadikan mukjizat kepada Isa anak Mariam a.s. Nabi Ibrahim a.s. semasa mengira pemberian Allah kepadanya termasuklah “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”
* Sepertimana kesemua bidang pengetahuan, pengetahuan perubatan adalah sebahagian daripada ilmu Allah “Yang mengajar manusia apa yang tidak pernah diketahui oleh manusia”. Menuntut ilmu perubatan memerlukan pendedahan kebesaran Allah dengan ciptaan-Nya. “Dan juga pada diri kamu sendiri … Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu )”. Amalan perubatan membawa manusia dekat kepada belas kasihan Allah. Oleh itu amalan perubatan adalah satu ibadat dan kebajikan selain daripada kerjaya untuk mencari rezeki.
* Walau bagaimanapun rahmat Allah boleh sampai kepada semua manusia termasuk yang baik dan yang jahat, yang berbudi dan yang busuk hati dan kawan serta lawan – samalah seperti cahaya matahari-Nya, keselesaan bayu-Nya, kesejukan air-Nya dan pemberian-pemberian-Nya yang banyak. Dan pada asas inilah profesion perubatan harus beroperasi, mengikuti lunas-lunas rahmat Allah tanpa menimbulkan permusuhan atau membuat apa-apa hukuman, tidak sekali-kali menjadikan keadilan sebagai matlamat tetapi belas kasihan, di dalam apa jua situasi dan keadaan.
* Dari segi ini profesion perubatan hanyalah satu-satu profesion yang tidak mungkin tunduk kepada tekanan sosial yang di sebabkan oleh permusuhan atau perselisihan peribadi, politik atau ketenteraan. Kepimpinan yang bebas dari kejahilan dapat mengekalkan keutuhan profesion perubatan dan melindungi kedudukannya dari permusuhan dan perseteruan.
* Menyediakan perkhidmatan perubatan adalah satu tuntutan agama ke atas masyarakat, iaitu fardu kifayah yang boleh disempurnakan bagi pihak masyarakat oleh anggota-anggotanya yang mempelajari perubatan. Adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan keperluan doktor di dalam pelbagai kepakaran untuk negara. Di dalam Islam tugas ini adalah tanggungjawab pemerintah negara.
* Kepakaran perubatan yang tidak terdapat di dalam negeri mungkin diimport. Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menyediakan keperluan ini.
* Adalah menjadi kewajipan negara juga untuk memilih calon-calon yang sesuai dari kalangan pemuda-pemudi tempatan untuk dilatih sebagai doktor. Tanggungjawab yang jelas ialah menubuhkan sekolah, fakulti, klinik, hospital dan institusi yang dilengkapkan dengan peralatan dan kakitangan yang secukupnya untuk tujuan tersebut.
* “Perubatan adalah satu keperluan agama bagi satu-satu masyarakat. Dari segi pengertian ugama, apa jua yang diperlukan untuk sesuatu keperluan, secara otomatik akan menjadi “keperluan”. Oleh itu pengecualian dari sesetengah hukum umum harus dibuat untuk membolehkan pelaksanaan pengajaran perubatan. Contohnya, pemeriksaan rapi badan manusia sama ada hidup atau mati tanpa mencabul kehormatan seseorang, semasa hidup atau mati dan sentiasa di dalam ketaatan kepada ugama dan menyedari kehadiran Allah.
* Pemeliharaan nyawa seseorang hendaklah merangkumi penghormatan terhadap kemuliaan, perasaan kelembutan orang itu dan juga tanpa mencabul sentimen dan anggota tubuhnya. Seorang pesakit berhak menerima layanan yang sepenuhnya, penjagaan dan perasaan selamat semasa bersama doktornya. Keistimewaan seseorang doktor yang diberi pengecualian dari sesetengah hukum umum hendaklah disertai dengan rasa tanggungjawab yang lebih dan menjalankan tugasnya dengan penuh teliti dan cemerlang dibawah pemerhatian Allah. “kecemerlangan memerlukan kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Walaupun kamu tidak melihat-Nya Allah sentiasa melihat kamu.”
“Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.”
Untuk tujuan pengubatan, pengamal perubatan dibenarkan melihat bahagian tubuh yang tertutup dan juga bahagian sulit. Kelonggaran ini dibuat berdasarkan kaedah ilmu hukum “larangan diketepikan bila perlu” … dan menepati ajaran al-Quran yang “membolehkan membuat sesuatu tetapi bukan dengan niat jahat”. Pada zaman awal Islam pasukan perubatan wanita menyertai tentera Rasulullah s.a.w di medan pertempuran untuk merawat tentera yang tercedera dan membalut luka di mana-mana juga bahagian badan.
Alasan ini menjadikan pendapat di atas tidak boleh dipertikaikan lagi atau menimbulkan perselisihan pendapat. Keperluan untuk mengimpot kepakaran perubatan dari kalangan orang bukan Islam untuk mengubati orang Islam hanya boleh diputuskan berdasarkan keadaan pesakit dan keupayaan doktor. Semenjak dahulu lagi negara Islam mengambil doktor Kristian dari Jundishapur untuk bekerja dan melayan mereka dengan baik sekali. Sebagai ingatan, pemandu jalan Rasulullah s.a.w semasa berhijrah ialah Abdullah Ibn Uraikit, seorang bukan Islam. Ia dipilih kerana kejujurannya dan juga pengetahuan yang baik mengenai jalan yang dilalui.

Perubatan Dunia Manusia: 9 Bahan Alami Yang Efektif Bersihkan Darah Kotor




Kemampuan tubuh dalam proses metabolisme sangat dipengaruhi oleh kondisi darah dalam tubuh. Kerena darah merupakan elemen penting untuk memacu akan perkembangan tubuh agar tetap sehat. Peran penting darah bagi tubuh manusia yakni untuk menghantarkan oksigen dan nutrisi pada organ-organ yang semuanya tergantung oleh kondisi darah, sehingga darah yang bersih akan membuat semua organ dalam tubuh bisa berfungsi dengan baik. Namun apabila darah dalam tubuh anda kotor atau terkena racun yang disebabkan oleh pencemaran dari bahan makanan yang anda makan, atau pola hidup yang tidak baik, maka hal itu bisa menghambat kinerja tubuh anda menjadi kurang maksimal. Bahkan hal tersebut bisa mengakibatkan aliran darah menuju sel-sel tubuh menjadi tidak lancar, sehingga bisa menimbulkan berbagai gangguan kesehatan tubuh anda.

Untuk menjaga darah dalam tubuh agar tetap bersih, hendaknya anda bisa menggunakan atau mengkonsumsi bahan alami untuk membersihkan darah anda dari racun. Karena jika darah anda memiliki tingkat racun yang tinggi, maka hal itu akan bisa merusak organ-organ di dalam tubuh, sehingga membahayakan bagi kesehatan anda. Dan inilah Sembilan bahan alami yang perlu anda konsumsi untuk membersikan darah kotor di dalam tubuh. Berikut keterangannya :

1. Lemon
Dengan cara memeras lemon dan diambil airnya, kemudian dicampur dengan air hangat secukupnya, hal demikian Lemon sudah bisa anda konsumsi untuk memersihkan darah kotor dalam tubuh. Dan sebaiknya air Lemon bisa anda konsumsi setiap pagi, agar racun yang membuat darah anda kotor dapat bersih dengan sempurna.

2. Apel
Pada kandungan  buah Apel terdapat pectin, yang merupakan sejenis serat untuk mengikat kolesterol dan metal berat dalam tubuh anda. Sehingga Apel merupakan bahan yang efektif untuk membersikan darah kotor dalam tubuh. Dengan cara mengkonsumsi Apel, maka racun yang menyebabkan darah kotor akan hilang dan menjadikan darah bersih dari racun yang menyebabkan proses metabolisme tubuh terganggu.

3. Alpukat
Kandungan nutrisi dalam buah Alpukat yang juga bisa disebut glutathione bermanfaat untuk menghilangkan zat-zat berbahaya dalam tubuh. Ini artinya dengan mengkonsumsi alpukat anda bisa membersihkan racun yang menyebabkan darah kotor dalam tubuh. Oleh sebab itu alpukat juga kerap dijadikan bahan alami untuk membersihkan darah kotor oleh kebanyakan orang.

4. Bawang putih
Selain dijadikan sebagai bahan pengawet alami, ternyata bawang putih juga mengandung zat anti kanker dan bahan antioksidan yang dapat membasmi zat beracun dalam tubuh, terutama pada darah dan usus. Dengan cara anda sering mengkonsumsi bawang putih setiap hari, misal sebagai bahan penyedap rasa makanan. Secara tidak langsung bawang putih juga membantu anda untuk pembersihan darah kotor dalam tubuh.

5. Kunyit
Rempa-rempah yang satu ini memang bisa digunakan sebagai bahan alami untuk pembersih darah. Karena kunyit memiliki anti racun untuk menghilangkan tingginya tingkat racun dalam darah, sehingga kinerja darah bisa lebih maksimal bagi tubuh anda.

6. Lada
Lada tidak jauh berbeda dengan bawang putih, yaitu juga mengandung antioksidan yang berfungsi untuk membersikan darah dari racun.

7. Sayuran hijau
Sayuran hijau juga sebagai bahan alami yang efektif untuk membersikan darah kotor, karena pada sayuran hijau terdapat klorofil yang berfungsi untuk membantu membersihkan darah dari racun pada tubuh anda.

8. Ubi bit
Jenis bahan alami ini sudah banyak dikenal, bahwa ubi Bit memang berguna untuk membersihkan darah dari racun. Selain itu fungsi ubi bit juga bisa membersihkan hati dari bahan toksin berbahaya.

9. Teh
Terutama pada jenis teh halia, dandelion, peppermint dan teh hijau juga bisa dijadikan sebagai bahan alami pembersih darah kotor. Karena di dalam teh mengandung zat yang dapat mengeluarkan racun dari dalam tubuh.